“Kerajaan mahu melihat proses urbanisasi dengan membawa kampus ke luar bandar sebagai salah satu pemangkin kepada kemajuan bukan saja ekonomi tetapi juga tahap sosial setempat.


“Ini memperlihatkan iltizam kerajaan bukan hanya berjanji tetapi pelaksanaan kepada aku janji bahawa komitmen yang dilontarkan disambut dengan pelaksanaan sepenuhnya,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini.


Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Mentor UMK; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr. Mortaza Mohamed. - UTUSAN ONLINE