Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UBA 2015 lonjak imej syarikat Utusan Melayu

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Penganjuran Utusan Business Awards 2015 (UBA 2015) buat julung kali oleh akhbar Utusan Malaysia bakal membawa imej syarikat akhbar berpengaruh itu ke peringkat yang lebih tinggi.

Shahrul Hameed

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyEvents International, Shahul Hameed Dawood berkata, ini kerana acara berprestij itu dinantikan oleh para pemain industri tempatan yang bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada golong­an bumiputera malah menghargai peranan semua kaum yang telah menyumbang kepada pembangunan negara.

Menurut beliau yang terlibat dalam industri pengurusan acara lebih 10 tahun, penganjuran UBA 2015 turut menggalakkan lebih ramai ahli perniagaan dan usahawan muda untuk berjaya dalam bidang masing-masing pada masa akan datang.

“Kami pernah me­ngurus beberapa majlis anugerah tempatan dan luar negara dan ini me­rupakan kali pertama MyEvents International bekerjasama dengan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. UBA 2015 memang istimewa dan berbeza daripada yang lain kerana pengiktirafan yang diberikan oleh syarikat media adalah yang terbaik dan adil.

“Malah, bagi saya, penganjuran majlis itu sangat bertepatan pada masa ini terutamanya ketika keadaan ekonomi tidak menentu, kerana pengiktirafan itu mampu memberi motivasi dan galakkan kepada penerima anugerah untuk lebih berjaya sekaligus meletakkan penanda aras bagi industri masing-masing,” katanya di sini hari ini.

UBA 2015 menampilkan 35 ka­tegori yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu anugerah kecemerlangan mengikut sektor, anugerah kecemerlangan kepimpinan dan anugerah pencapaian sepanjang hayat.

Majlis penganjuran anugerah tersebut akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 1 Mac ini dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Penaung Diraja Anugerah berkenaan mencemar duli ke majlis itu.

Anugerah itu disokong akhbar Utusan Malaysia bersama Yayasan Utusan dan Utusan Studios, manakala McMillan Woods Global dilantik sebagai firma audit antarabangsa dengan majlis diuruskan MyEvents International.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain