Masjid berkenaan yang dibina di atas tapak baharu seluas kira-kira 1.2 hektar mampu menampung sejumlah 1,200 orang jemaah pada satu-satu masa.

Ia mula dibina pada 15 Januari 2016 dan siap sepenuhnya pada 16 Januari lalu.

Yang turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Speaker Dewan Undangan Negeri; Datuk Othman Muhamad; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Roslan Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Durian Tunggal, Datuk Ab. Wahab Ab. Latip.

Sehingga kini, terdapat sejumlah 194 buah masjid di seluruh negeri ini iaitu 78 buah di daerah Melaka Tengah, diikuti 67 buah di Alor Gajah dan Jasin 49 buah. - UTUSAN ONLINE