slug : mufti Ipoh 25 Julai 2013 - Temubual Mufti Perak,Tan Sri
Mufti Perak,Tan Sri Dr. Harussani Zakaria

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, saranan penutupan tersebut bukan sahaja bercanggah dengan budaya masyarakat Islam, malah memberi maksud kita terlalu jauh dengan al-Quran.

“Sekiranya ada orang cakap sekolah tahfiz tidak penting, itu menunjukkan dia terlalu jahil terhadap al-Quran. Sepatutnya orang Islam suka kepada al-Quran, tetapi kalau rasa benci itulah tanda jahil.

“Al-Quran itu adalah pokok dan perlembagaan hidup kita. Sekiranya kita cakap tak bagus, ia bermaksud kita sudah jauh daripada al-Quran,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan penutupan semua sekolah tahfiz kerana institusi itu tidak memberi harapan kepada generasi baharu Islam.

DR. IRWAN MOHD. SUBRI
DR. IRWAN MOHD. SUBRI

Sementara itu, Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Prof. Madya Dr. Irwan Mohd. Subri berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana masalah utamanya hanyalah kepincangan dan eksploitasi pelajar.

“Sepatutnya beliau ketengahkan perkara ini dan minta tambah baik. Kalau ikut logik terus tutup (sekolah tahfiz), kita patut tutup sekolah kebangsaan juga sebab masalah di sekolah kebangsaan juga banyak antaranya masalah disiplin dan jenayah.

“Saya sendiri ada sekolah agama. Kemahiran bahasa Arab mereka lebih baik daripada pelajar universiti. Jadi, adalah kita patut tutup universiti sebab adanya masalah seperti ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE.