WAN SALIM WAN MOHD. NOOR
WAN SALIM WAN MOHD. NOOR

Menurut beliau, kewujudan pusat tahfiz merupakan perkembangan sihat dari sudut matlamat melahirkan bakal ulama dan agamawan masa depan yang lebih mantap penguasaan ilmu agama berbanding generasi sedia ada.

Bagaimanapun, melihat gesaan Zainuddin itu secara positif, ujarnya, sekolah tahfiz persendirian yang kian bercambah perlu diakui berdepan banyak masalah, justeru memerlukan tindakan kawal selia oleh kerajaan.

“Ini kerana banyak kelemahan dan kekurangan yang wujud di sekolah-sekolah sedemikian dari sudut infrastruktur, pengurusan kewangan, kurikulum dan sebagainya.

“Kelemahan dan kekurangan ini tentunya menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan anak-anak yang mengikuti pelajaran di sekolah-sekolah berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONL