Permata Al-Quran dalam satu kenyataan hari ini menegaskan perkara demikian boleh menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada pemerintah.

“Pihak kami memohon agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa supaya dengan tegas menolak saranan agar menutup maahad tahfiz untuk mengelak berlakunya perpecahan, permusuhan serta tanggapan negatif terhadap institusi Islam.

“Kami berharap kepada mana-mana pihak yang prejudis dengan maahad tahfiz supaya berlaku adil dan teliti di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tiada bukti jelas bahawa punca pelbagai masalah dalam negara seperti jenayah bunuh, rogol, rompakan, zina, buang anak termasuk jenayah kolar putih seperti pecah amanah, rasuah dan kleptorasi juga bukan daripada lepasan maahad tahfiz,” kata kenyataan itu hari ini.

Menerusi catatan dalam blognya kelmarin, Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam mencadangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar semua sekolah tahfiz di negara tersebut ditutup kerana tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baharu Islam.

Cadangan tokoh wartawan itu bagaimanapun mendapat tentangan dan kecaman pelbagai pihak yang menggesa beliau supaya tidak mengeluar saranan kurang cerdik seperti itu lagi.-UTUSAN ONLINE