Sejak Turki melancarkan serangan ke atas Afrin sembilan hari lalu, operasi ketenteraan itu meningkatkan ketegangan antara Ankara dan Amerika Syarikat (AS) yang menyokong YPG di beberapa kawasan di Syria dalam perang ke atas Daesh.

“Selangkah demi selangkah, kita akan membersihkan sempadan negara ini,” kata Erdogan selepas tentera mengumumkan mereka telah menawan kawasan Jebel Bursaya. - REUTERS