Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya menjawab.

“Kita tidak bincang,” ketika diajukan soalan mengenai perkara tersebut.

Baru-baru ini, P. Uthaya Kumar yang mendakwa mewakili Hindraf menuntut Kerajaan Pakatan Harapan membuka peluang kemasukan ke UiTM dan tanah Felda kepada semua kaum. 

Bagaimanapun, Pengerusinya, P. Waytha Moorthy menafikan memorandum itu mewakili pihaknya.

Isu tuntutan pembukaan UiTM kepada semua kaum ditentang oleh pelbagai pihak terutamanya daripada Persatuan Alumni UiTM yang turut membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.