Wakil Waris Pentadbirnya, Mohd. Zaini Aris berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri dapat memberi kerjasama dalam memudahkan urusan berkenaan.

"Kami mempunyai dokumen yang telah disahkan bahawa Allahyarham masih mempunyai aset yang belum dipindah milik di sekitar negeri ini.

"Justeru, kami selaku waris berharap perkara ini boleh diselesaikan dengan baik kerana sebelum ini terdapat halangan dan gangguan daripada pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan ia berlanjutan," katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang akhbar di Orchard Golf and Resorts, di sini sebentar tadi.

Menurut Mohd. Zaini, sehingga hari ini terdapat seramai 4,000 waris yang berhak ke atas harta tersebut membabitkan lapan generasi.

"Aset kepunyaan Allahyarham yang masih belum diserahkan dianggarkan bernilai antara RM200 bilion hingga RM300 bilion," ujarnya. - UTUSAN ONLINE