TUNKU AZIZAH
TUNKU AZIZAH 

Namun, amat mengejutkan apabila Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut disekat oleh Rafizi di Twitter.

Perkara itu didedahkan oleh Tunku Azizah sendiri dalam akaun Twitter baginda semalam.

"Saya tidak ikut politik dan tidak follow (ikut) Rafizi, semalam saya saja nak baca tweet (ciapan) Rafizi, terperanjat saya kerana dia block (sekat) saya.

"Kenapa? Pelik sungguh!" titah baginda.

Hantaran Tunku Azizah itu mendapat 113 maklum balas, 778 retweet (ulang ciapan) dan 947 like (suka) setakat laporan ini ditulis.

Antara yang membalas hantaran baginda ialah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf berharap baginda bersabar dengan kerenah Rafizi itu.

"Bersabarlah tuanku. Saya pun biasa kena. Geng-geng hati tisu ni," kata beliau.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan Rafizi itu dan ada juga yang berkongsi `masalah' serupa apabila turut disekat oleh pemimpin PKR itu. - UTUSAN ONLINE