Tunku Azizah bukan sahaja teruja dengan penampilan baharu akhbar harian kesayangan baginda itu tetapi menyifatkan ia sebagai langkah bijak.

"Cantik dan memudahkan untuk dipegang. Sebelum ini bila membaca selalu terbelah dua," titah baginda ketika ditemui Utusan Online pada Majlis Sambutan Hari Wanita peringkat negeri, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE