Dr. Mahathir dijadualkan membentangkan usul tersebut pada pukul 11.30 pagi, selepas berakhirnya sesi soal jawab.

Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang mewakili ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berkata, satu usul segera di bawah Peraturan Mesyuarat Perkara 18 (1) telah dihantar ke Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.

Insiden yang berlaku itu mengejutkan rakyat ekoran dakwaan liar kononnya berlaku rusuhan kaum, namun hasil siasatan awal mendapati ia berpunca akibat pertelingkan antara pihak pemaju dan pihak kuil berkenaan.-UTUSAN ONLINE