Rakaman video Perdana Menteri memandu kenderaan jenama Proton di sekitar ibu negara dikongsikan seorang penulis blog, Firdaus Abdullah di dalam laman Twitter beliau.

“Perdana Menteri memandu di pusat bandaraya Kuala Lumpur untuk melihat sendiri keadaan di ibu kota selepas perhimpunan anti-ICERD,” katanya.

Rakaman berdurasi seminit itu menunjukkan Dr. Mahathir memandu di sekitar Jalan Sultan Ismail berhampiran Bukit Bintang, tidak jauh daripada Dataran Merdeka iaitu lokasi himpunan. – UTUSAN ONLINE