Perdana Menteri tiba dengan pesawat khas dan disambut Menteri Besar, Datuk Osman Sapian di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dekat sini pada 3.30 petang.

Ini merupakan pertemuan pertama antara Sultan Johor dengan Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mei lalu.

Namun, agenda pertemuan Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan Sultan Johor itu tidak dapat dipastikan.

Mahathir dijadualkan berlepas pulang ke ibu negara selepas pertemuan itu pada petang ini. - UTUSAN ONLINE