Dr. Mahathir tiba pada pukul 5.56 petang manakala Dr. Wan Azizah tiba lebih awal iaitu pukul 4.30 petang.

Kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu kemudian menghadiri sesi taklimat pengurusan berhubung pencemaran toksik yang disampaikan pihak agensi terlibat.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan Menteri Tenaga, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin. - UTUSAN ONLINE