Ijazah kehormat itu dikurniakan oleh Pemangku Raja Kelantan yang juga Canselor UMK, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra dalam Isitiadat Konvokesyen UMK Ke-7 di kampus universiti berkenaan di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed.

Dalam majlis sama, Profesor Kanan UTM Razak School, Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainai Mohamed dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus.

Seramai 2,467 graduan UMK menerima ijazah masing-masing dalam istiadat yang berlangsung bermula hari ini hingga 12 Oktober. - UTUSAN ONLINE