Bekas Perdana Menteri yang mentadbir negara ketika tempoh kerugian BNM berkenaan tiba pada pukul 10.22 pagi di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Ketibaan Mahathir disusuli oleh bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 10.30 pagi yang hadir mengikuti prosiding berkenaan.

Prosiding RCI hari ini berjalan dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa di Kementerian Kewangan, Datuk Othman Jusoh turut memberi keterangan. - UTUSAN ONLINE