Tun Abdul Hamid Mohamad
Tun Abdul Hamid Mohamad 

Jelasnya, beliau juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan 'teruskan perhimpunan untuk memastikan kerajaan tidak melaksanakan ratifikasi ICERD'.

"Walaupun pada mulanya saya bercadang untuk hadir tetapi pada 25 November lalu saya telah memaklumkan kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bahawa saya tidak akan hadir.

"Saya tidak akan hadir kerana tempat penganjuran himpunan tersebut tidak sesuai dengan keadaan saya dan saya tidak ada sesuatu yang baharu hendak disampaikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Hamid meminta penganjur himpunan bantah ICERD supaya menarik balik poster yang menggunakan gambarnya.

"Poster ini dibuat tanpa mendapat izin saya terlebih dahulu," katanya. - UTUSAN ONLINE.