Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab dan jangan mengharapkan sekolah semata-mata.


“Jangan hanya memberi peranan tersebut kepada sekolah sahaja, sekolah hanya ada dua jam dalam seminggu


“Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), NGO, Alumni dan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam memperkasakan jawi,” katanya selepas melancarkan cetakan khas akhbar jawi Utusan Melayu untuk Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Sebanyak 5,000 naskah akhbar berkenaan akan diedarkan secara percuma hari ini kepada orang ramai hari ini.


Mahdzir turut menambah agar sama-sama mengambil tanggungjawab memperkasakan jawi.


“Sekarang zaman interaktif, semua boleh ambil tanggungjawab.


“Sekecil mana sekalipun kalau boleh ambil tanggungjawab pasti kita dapat perkasakan jawi,” katanya.


Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail. - UTUSAN ONLINE