Gangguan bekalan itu dilaporkan berpunca daripada tambakan sungai yang pecah berhampiran muka sauk di Loji Kobat di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Dan Komunikasi Korporat Paip, Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, pengumuman tentang masalah tersebut sebenarnya berlaku pada 24 Januari lalu dan selesai  sepenuhnya pada 12 Februari lepas.

"Penularan berita tidak tepat itu terutama menerusi aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu telah mencetuskan kebimbangan kepada pengguna.

"Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (Pulapel) di talian 09-573 9999," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE