Cadangan itu yang dikemukakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Johor kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dipersetujui dalam satu pertemuan di Putrajaya baru-baru ini.

Menurut Yang Dipertua DPMM Johor, Datuk Dr. Syed Ali Alattas, pertukaran nama itu bertujuan membolehkan penyertaan usahawan bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

“Kita menyarankan Kongres Ekonomi Bumiputera dianjurkan bersama-sama Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM kerajaan yang baharu,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan DPMM Johor, Larkin Jaya, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE