Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tujuh mangsa dirawat di HKL

Dr. S. Subramaniam melawat berjumpa dengan ahli keluarga yang
Dr. S. Subramaniam melawat berjumpa dengan ahli keluarga yang hadir untuk proses pengecaman jenazah pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujungi, di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE/NASIRRUDDIN

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Seramai tujuh orang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah,  di Jalan Keramat Ujung dirawat di Jabatan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata,  enam daripadanya adalah pelajar pusat tahfiz tersebut manakala seorang lagi adalah penduduk yang datang membantu semasa kebakaran belaku.

Katanya, empat mangsa mengalami kecedaraan serius manakala tiga lagi mengalami kecederaan ringan dan dirawat di wad pemerhatian serta dua mangsa yang mengalami kecederaan serius telah dipindahkan ke wad untuk rawatan sementara dua lagi diberi rawatan resusitasi di Jabatan Kecemasan.

Sementara itu, seramai 23 jenazah telah dibawa Unit Forensik bagi tujuan untuk mengenalpasti jenazah. Oleh kerana, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan yang agak teruk, pengecaman agak sukar untuk dilakukan.

Oleh itu, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan diadakan dan sampel daripada ibu bapa mangsa yang terlibat sedang di ambil. Keputusan DNA dijangkakan mungkin mengambil masa beberapa hari. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain