Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, kementerian tersebut adalah Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani manakala Kementerian Sumber Manusia bertindak sebagai penyelaras.

Menurut beliau, sehingga kini, sebanyak tujuh peratus daripada pelajar tingkatan tiga telah mengikuti pendidikan vokasional dan institusi pendidikan di bawah kementerian.

“Permintaan masyarakat terhadap TVET semakin meningkat sejak tahun lalu apabila Kementerian Pendidikan menerima sebanyak 72,000 permohonan, tetapi kapasiti yang disediakan hanya 16,000.

“Tahun ini juga permintaan dalam bidang yang sama agak tinggi iaitu 66,000 permohonan, tetapi kapasiti yang disediakan hanya 17,000,” katanya ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mengenai kadar kemasukan pelajar ke institusi TVET seluruh negara semasa sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE