Beliau berkata, tuduhan itu merupakan satu penipuan dan beliau juga telah bersumpah di masjid.


“Itu fitnahlah. Tipu. Saya tak pernah jumpa dia. Saya dah sumpah dalam masjid,” katanya pada program ramah mesra bersama rakyat di Kampung Lubok Kulit di sini hari ini.


Hari ini, dalam laporan sebuah portal berita, sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg menegaskan mendiang pernah menunjukkan gambarnya bersama pakar pertahanan Razak Baginda dan timbalan perdana menteri yang menurutnya bernama “Razak”. UTUSAN ONLINE