Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TUDM sedia laksana misi bantuan kemanusiaan di Myanmar

Affendi BUANG (kanan) bersalaman dengan anggota TUDM selepas Pelancaran
Affendi BUANG (kanan) bersalaman dengan anggota TUDM selepas Pelancaran Karnival Sukan 1Keluarga di Pangkalan Tentera Udara Subang, Selangor, semalam. BERNAMA

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersedia menghantar aset dan anggota bagi melaksa­na­kan misi bantuan kemanusiaan untuk masyarakat Rohingya di Myanmar susulan daripada kejayaan misi pertama yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Panglima Tentera Udara, Jene­ral Tan Sri Affendi Buang berkata, persediaan tersebut dibuat sebagai susulan daripada misi pertama yang berjaya dilaksanakan bersama sukarelawan dan anggota tentera daripada ketiga-tiga perkhidmatan.

Walau bagaimanapun katanya, segala keputusan misi bantuan yang bakal dilaksanakan sete­rusnya akan dimuktamadkan oleh kerajaan.

“Kita telah laksanakan satu misi sebelum ini dan masih me­nunggu arahan seterusnya. Andai kata aset dan anggota diperlukan, kita akan aktifkan pesawat dan anggota dari sini supaya segalanya berjalan lancar.

“Cuma, jenis pesawat yang digunakan bergantung kepada kapasiti barangan yang dibawa. Jika ia banyak, maka kita akan gunakan pesawat A400M, namun jika sebaliknya, kita menggunakan pesawat Hercules C-130,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri majlis Pelancaran Karnival Sukan 1Keluarga di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dan Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Udara, Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah.

Karnival sukan yang dilaksanakan secara berperingkat di semua Pangkalan Udara TUDM seluruh negara dijangka berakhir pada 18 November ini di Pangkalan Udara Subang dengan melibatkan pelbagai acara antaranya badminton, boling padang dan petanque.

Dalam pada itu, Affendi berkata, karnival sukan anjuran Bakat Udara itu mampu mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan isteri tentera tanpa mengira latar belakang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain