Langkah itu bagi menyokong keperluan operasi sekiranya terdapat laporan ancaman daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2).

Panglima Operasi Udara TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Abdul Mutalib Ab. Wahab sendiri telah melakukan tinjauan di PBOU hari ini bagi memastikan tahap kesiagaan di kawasan operasi sentiasa berada di tahap terbaik.

Dalam tinjauan tersebut, beliau telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama pegawai dan anggota TUDM yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri di kawasan operasi selain turut menyampaikan bungkusan beg sumbangan dari Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengandungi beberapa barang keperluan makanan dan kelengkapan diri.

Semua pegawai dan anggota berkenaan juga turut menerima duit raya sumbangan Tabung Kebajikan TUDM.

Yang turut hadir, Panglima Wilayah Udara 2 TUDM, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Shabre Hussein. - UTUSAN ONLINE