Abdul Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, langkah itu perlu dibuat apabila melihat implikasi menyeluruh yang bakal timbul terhadap kebebasan umat Islam untuk mengamalkan agama mereka dan mempertahankan akidah tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.

Kata beliau, perkara itu jelas dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, selain mengelak pencemaran ter­ha­dap keutuhan institusi mahkamah syariah dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan etnik dalam negara ini apabila ia berkaitan hak kekeluargaan orang Islam di mahkamah sivil, status agama anak, hak penjagaan, nafkah dan pengagihan harta.

“Jawatankuasa ini perlu meli­­batkan semua pihak yang berkepentingan sama ada dalam kalangan penganut Islam dan agama-agama lain, selain mendapatkan pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

“Pihak-pihak lain yang harus terlibat ialah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pengamal undang-undang syariah dan sivil, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya yang merupakan pihak yang terkesan secara langsung dalam pindaan Akta 164 ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.