Turut berkenan hadir Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Aminuddin Harun dan barisan Exco kerajaan negeri.

Yang turut hadir, Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Program yang dihadiri kira-kira 1,000 orang itu bermula pada pukul 9.15 malam dengan lagu kebesaran Negeri Sembilan, bacaan Asmaul Husna dan doa yang dibacakan Mufti negeri, Datuk Mohd. Yusof Ahmad.

Ia disusuli dengan qasidah oleh Kumpulan Al-Magharibah dari Maghribi dipimpin Sheikh Mohib Khouli.

Terdahulu orang ramai menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Masjid Seri Menanti di sini serta bacaan surah Yasin dan doa bagi memohon kesejahteraan Tuanku Muhriz sempena hari keputeraan baginda. - UTUSAN ONLINE