Dalam akaun Twitter beliau, Trump menulis, “Selepas melakukan rundingan dengan barisan tertinggi dan pakar tentera, adalah dimaklumkan bahawa kerajaan AS tidak akan menerima atau membenarkan individu trangender berkhidmat dalam perkhidmatan tentera”.

Keputusan itu sekali gus membatalkan dasar yang diumumkan pada 2016 oleh Presiden Barack Obama yang membenarkan pengambilan transgender dalam perkhidmatan tentera. - DPA