“Saya gembira untuk mengumumkan bahawa tahap kesihatan Presiden AS adalah sangat baik dan saya menjangkakan ia akan berterusan sepanjang tempoh pentadbirannya serta seterusnya,” kata ketua pasukan perubatan, Sean Conley dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh White House.

Trump menjalani pemeriksaan kesihatan kali kedua sebagai presiden di Pusat Perubatan Tentera Kebangsaan Walter Reed di Bethesda, Maryland. - AFP