Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Hotline, sehingga pukul 3 petang ini, aliran trafik ke utara bergerak perlahan dari Behrang ke Trolak, Sungkai ke RTC Gopeng, Ipoh Utara ke Sungai Perak dan Kuala Kangsar ke Bukit Gantang.

Ujarnya, jumlah kenderaan dijangka meningkat lebih banyak pada sebelah petang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.- UTUSAN ONLINE