“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah dan ditempatkan oleh Allah dalam kalangan para aulia, syuhada dan solihin,” kata Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jenazah Almarhumah Tengku Zanariah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di Johor Bahru pada pukul 2 petang ini.

Almarhumah Tengku Zanariah mangkat pada usia 79 tahun.

Terdahulu, jenazah Almarhumah disemayamkan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah. - UTUSAN ONLINE