Beliau diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Ahmad Zahid sebelum itu hadir pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Pada Bulan Ramadan anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat negeri di Masjid Al-Alami Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Pada majlis sama, Timbalan Perdana Menteri turut meluangkan masa berbuka puasa bersama kira-kira 1,500 tetamu yang hadir pada program kelapan anjuran KDN. - UTUSAN ONLINE