Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia amat terkejut dan sedih dengan kejadian serangan pengganas di Paris, Perancis yang mengorbankan lebih 100, semalam.

“Sekalung takziah dirakamkan kepada keluarga dan rakan mangsa terbabit. Kepada rakyat Perancis dan masyarakat Paris, kami di Malaysia turut bersedih,’’ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil senada dengan Timbalan Perdana Menteri apabila turut sama mengutuk serangan di Paris dengan menyifatkannya sebagai tidak wajar dan tidak masuk akal.

Katanya, beliau bersama kumpulan umat Islam yang lain tidak boleh memaafkan perbuatan tersebut dan mahu pesalah dihadapkan ke muka pengadilan.