Program yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isterinya, Datin Seri Fadilah Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada penganjuran kali ini, semua peserta acara tilawah akan diwajibkan membaca al-Quran secara bertaranum dengan dua jenis lagu yang ditetapkan secara berturut-turut yang diadili 15 orang juri dengan barisan jemaah hakim akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Majlis perasmian malam ini yang dihadiri kira-kira 2,000 pengunjung turut disiarkan secara langsung di TV1 dan TV Al-Hijrah (saluran 114) serta melalui radio IKIM.FM serta melalui live streaming web TV Jakim dengan melayari laman web www.jakim.tv. - UTUSAN ONLINE