Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TPM mahu lebih ramai golongan profesional hafal al-Quran

TPM mahu lebih ramai golongan profesional hafal al-Quran
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan surau dan masjid parlimen Bagan Datoh ketika hadir ke majlis Iftar Jama'ie di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Syarriah disini hari ini. - UTUSAN ONLINE/SYEFRY MONIZ

BAGAN DATUK 12 Jun -Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai golongan profesional di negara ini menjadi penghafal al-Quran.

Katanya, sehingga kini seramai 200 doktor telah menjadi hufaz hasil daripada pelbagai program yang dilaksana kerajaan.

"Kita sudah ada doktor yang hufaz, jadi saya harap lepas ini ada peguam, arkitek, jurutera juga hufaz al-Quran.

"Ini adalah penting buat Malaysia bagi melahirkan sebuah generasi yang mampu membangunkan sebuah negara yang sejahtera, aman, harmoni dan mendapat keberkatan serta pengampunan daripada Allah," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa di Sekolah Menenegah Agama Al-Ulum Aisyar'iyyah Bagan Datuk di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain