Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TPM lancar Bravo 5

Filem perjuangan Rejimen Gerak Khas

Ahmad  Zahid Hamidi (tengah) menerima buku BRAVO daripada Zulkifeli
AHMAD ZAHID HAMIDI (tengah) menerima buku BRAVO daripada Zulkifeli Mohd. Zin (kanan) sebagai pelancaran filem Bravo 5 di GSC Signature The Garden, Kuala Lumpur semalam. Turut sama Hishammuddin Tun Hussein (kiri). Utusan/Mohd. Shaharani Saibi

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyempurnakan majlis pelancaran filem perjuangan anggota komando Rejimen Gerak Khas menentang pengganas komunis, Bravo 5.

Yang turut hadir Tunku Pang­lima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Filem Bravo 5 yang berlatar belakang tahun 1989 mengisahkan lima anggota komando yang ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan te­ngah Semenanjung Malaysia.

Kelima-lima komando yang berjaya mengesan kem musuh itu bagaimanapun terpaksa bertempur dengan 200 pengganas komunis berikutan set komunikasi yang digunakan mengalami kerosakan.

Filem itu dipetik daripada kisah benar Diari Misi Komando yang merupakan rahsia sulit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kini dipaparkan untuk membangkitkan semangat patriotik masyarakat.

Zulkifeli semasa berucap dalam majlis pelancaran itu berkata, filem tersebut mengangkat kisah daripada misi sebenar komando mempertahankan tanah air tercinta.

“Filem ini juga bertujuan mengajak masyarakat untuk saling bersatu-padu dan mengangkat martabat perjuangan suci ATM,” katanya.

Zulkifeli juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas perkenan menjadi penaung diraja filem berkenaan.

Filem terbitan Karya Prima Production arahan M. Hitler Zami itu dibintangi oleh Beto Kusyairy, Remy Ishak, Sofi Jikan, Shashitharanz, Xafier Fong dan Normah Damanhuri.

Bravo 5 bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 10 September ini dengan harapan dapat menyuntik nilai patriotik dan kesedaran masyarakat mengenai pengorbanan anggota pasukan ke­selamatan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain