Sempena majlis itu juga, beliau turut menyaksikan penyerahan zakat sebanyak RM597,718.88 oleh QSR Brands (M) Holding Berhad kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri me­lancarkan Tabung Derma Syria Care untuk disalurkan kepada rakyat Syria pada musim sejuk.

Sebagai permulaan, derma sebanyak RM5,000 telah disumbangkan oleh syarikat QSR Brands untuk tabung tersebut.

Yang hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali serta Pengurus Besar Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal QSR Brands, Mohd. Roslan Mohd. Saludin.

Karnival Planet Ummah yang julung kali diadakan pada tahun ini akan berlangsung selama empat hari sehingga Ahad ini.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah kayuhan Unity For All (u4All), food truck, Talaqqi al-Quran Perdana, Ukhuwah Ihya’ Masjid, senaman bersama Imam Masjid Utama, Kuliah Dhuha, Daurah Kitab dan Qiyamullail.

Sementara itu, menurut Pegawai Perhubungan Awam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Hamdan Muhamad, aplikasi mudah alih itu yang mengambil masa selama setahun untuk dihasilkan bertujuan mendekatkan orang ramai dengan institusi masjid.

Beliau yang merupakan pencetus idea itu berkata, menerusi penggunaan teknologi terkini itu, orang ramai kini boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan aktiviti yang dijalankan Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin de­ngan mudah dan pantas.

“Aplikasi ini yang boleh dimuat turun secara percuma melalui platform Android (Google Play) dan iOS (App Store) bertujuan mendekatkan orang ramai de­ngan masjid menerusi pembe­ritahuan terhadap aktiviti yang dijalankan setiap hari.

“Selain itu, menerusi pembe­ritahuan yang diberikan oleh aplikasi itu juga orang ramai juga boleh mengikuti setiap program berbentuk keagamaan menerusi aplikasi FB Live yang disiarkan oleh masjid terbabit,” katanya.