Beliau yang tiba kira-kira pukul 7.15 petang turut disertai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Terdahulu Ahmad Zahid sempat beramah mesra dengan sebahagian daripada 2,000 jemaah yang memenuhi ruang solat masjid sebelum mengimamkan solat maghrib.

LIMA '17 yang disertai oleh 36 negara bakal dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan akan berlangsung sehingga 25 Mac depan. - Utusan Online