Ahmad Zahid yang tiba pada pukul 12.15 tengah hari disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isteri Datin Seri Fadilah Abdullah serta Mohd. Ali bersama isteri, Puan Seri Asmah Abd. Rahman.

Majlis dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid sempat meluangkan masa kira-kira sejam bermesra dan bersalam-salaman dengan orang ramai sebelum beredar meninggalkan majlis. - UTUSAN ONLINE