“Semoga diberikan ketenangan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki #SPM2017 mulai 6 November 2017. Semoga berjaya jaya!” katanya menerusi status dimuat naik di akaun Twitter beliau, hari ini.

Pada 31 Oktober lalu, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memberitahu seramai 443,883 calon SPM 2017 akan menduduki peperiksaan itu mulai esok hingga 4 Disember depan.

Sebanyak 3,363 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara manakala 35,341 petugas peperiksaan sudah dilantik bagi memastikan peperiksaan itu berjalan lancar. - UTUSAN ONLINE