Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu penting untuk memajukan ketiga-tiga kawasan Parlimen yang terletak di Hilir Perak itu kerana masih ketinggalan berbanding kawasan lain di Perak.

“Walaupun ada Timbalan Perdana Menteri di Bagan Datuk, Timbalan Menteri di Pasir Salak dan Menteri di Teluk Intan, namun kita terpaksa akui ketiga-tiga kawasan ini masih ketinggalan sebab kita di kawasan hilir.

“Jadi kita mahu supaya diwujudkan satu sektor atau satu unit dalam NCER untuk lembangan Perak Hilir.

“Kita juga mahu lihat bangunan besar dibina di Changkat Jong, Teluk Intan, Kampung Gajah, Pasir Salak, Hutan Melintang dan Bagan Datuk,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian, Datuk Azhar Jamaluddin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE