Sehubungan itu, beliau berharap satu kertas memorandum mengenai penubuhan majlis itu dapat diberikan kepada jemaah Kabinet yang akan disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

“Saya juga menawarkan diri sebagai Pengerusi Majlis TVET Malaysia yang dicadangkan untuk ditubuhkan ini.

“Dasar-dasar majlis dan jawatankuasa yang saya telah pengerusikan kini sudah mencecah 49 dan jika ditambah satu lagi di bawah TVET menjadi 50,” katanya sewaktu berucap pada majlis pelancaran Ekspo TVET 2018 dan portal TVET di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - UTUSAN ONLINE