Timbalan Perdana Menteri berkata, amat penting pemantauan dan penilaian keselamatan itu dilakukan secara berterusan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku terutamanya yang mengorbankan nyawa.

“Berikutan kejadian kebakaran di bangunan Asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung bulan lalu, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah yang saya pengerusikan sendiri.

“Kita telah bermesyuarat dan meneliti beberapa perkara yang boleh diperbaiki secepat mungkin termasuk memastikan piawaian dan kesihatan setiap premis terlibat dipatuhi.

“Untuk itu, saya mahu kedua-dua badan profesional ini mengambik anisiatif menilai kembali status fizikal semasa setiap bangunan yang saya sebutkan itu” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan rumah baharu kepada 11 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Batu 9, Hutan Melintang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya. - UTUSAN ONLINE