MAHATHIR
MAHATHIR 

Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan dakwaan beliau meletakkan jawatan juga sebagai satu kritikan daripada pihak pembangkang yang menganggap Tommy hanya mahu menggugurkan kes yang disabitkan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Saya tidak tahu (peletakan jawatan Tommy). Terima kasih kerana memberitahu saya. Saya tidak menyedarinya.

“Seperti yang anda tahu, kerajaan terdahulu telah memangsakan semua pihak pembangkang, terutamanya kes melibatkan Lim Guan Eng,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Industri Pembekalan Elektrik (CEPSI) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo Moggie.

Beliau mengulas dakwaan Tommy yang dikatakan telah meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan portal berita, Free Malaysia Today (FMT).

FMT hari ini menerbitkan laporan memetik sumber kerajaan yang menyatakan Peguam Negara telah meletak jawatan.

Walau bagaimanapun, FMT menarik balik laporan itu sejurus kemudian dan memohon maaf kepada Peguam Negara.

Thomas dilantik sebagai Peguam Negara pada 4 Jun lalu bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali. - UTUSAN ONLINE