Kemelut kesukaran hidup kalangan generasi ke­dua Felda sudah diketahui umum, namun seolah-olah tiada jalan keluar apabila mereka semakin terde­sak de­ngan masalah kebajikan khususnya kewangan, pekerjaan dan perumahan.

Kebanyakan mereka masih tidak mempunyai pekerjaan dan peluang ekonomi untuk memperoleh pendapatan sara hidup yang mana cuma sebilangan kecil bernasib baik berpeluang be­ker­­ja di sektor kerajaan atau swasta.

Seorang generasi kedua Felda Kota Gelanggi 2 di sini, Rofidah Khamis, 41, berkata, kebimba­ngan kian ketara apabila ramai yang masih tidak mempunyai pekerjaan dan tanpa pendapa­tan tetap atau bergantung kepada hasil sawit ibu bapa.

NOR AZAM
NOR AZAM 

“Bagi yang sudah berkeluarga tidak mampu lagi berhij­rah kerana mempunyai tanggu­ngan, komitmen persekolahan anak-anak dan menjaga ibu bapa yang berusia,” katanya di sini hari ini.

Anak peneroka Fel­da Kota Gelanggi 4, Nor Azam Mohamed, 28, berkata, kebanyakan generasi kedua mempunyai ke­layakan sekurang-ku­rangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak bernasib baik dalam pasaran kerja.

“Persepsi kononnya generasi kedua tidak mahu berusaha itu tidak benar. Kami bukan sengaja untuk memilih kehidupan begini,” katanya.

Generasi kedua Felda Tekam Utara, Zaidi Suboh, 46, pula berkata, hanya segelintir generasi kedua bekerja di ladang kerana sektor berkenaan sudah didominasi oleh buruh asing.