Akira Hamanaka begitu dikenali di negara matahari terbit tersebut kerana merupakan pengasas Islamic Website Jepun, sebuah portal soal jawab agama yang menjadi medium interaksi dalam kalangan umat Islam dan bukan Islam.

Akira juga adalah imam Masjid Nihama, Pulau Syikuku.

Berkenan hadir Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Setiausaha Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), Datuk Johari Darus.

Program Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang Untuk 38 Pelajar Terbaik dan Cemerlang serta 58 Pengawas Terpilih Sekolah Menengah Perlis itu adalah anjuran YTSP dengan kerjasama MAIPs selama tiga hari mulai semalam.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 untuk program dakwah dan usaha-usaha mengharmonikan masyarakat Islam di Jepun kepada Akira. - UTUSAN ONLINE