Persembahan selama 20 minit itu bermula pukul 9 malam itu akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 30 November dan 1 Disember di Dataran Muhammadi, di sini.

Bapa tok dalang cilik itu, Mohd. Sulhie Yusoff berkata, pengasuh mengembara ke Kota Bharu menjadi bahan cerita yang akan dipersembahkan oleh Pyu.

Menurutnya, latihan intensif telah diberikan kepada Pyu sebagai persediaan untuk persembahan itu nanti.

"Alhamdulillah, setakat ini saya lihat Pyu makin matang dalam membuat persembahan.

"Saya harap, Pyu akan terus konsisten bagi memastikan persembahan yang dibuat tidak mengecewakan para penonton," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Utusan Online pada 19 November lalu melaporkan, Pyu berada pada kelasnya tersendiri apabila persembahan berjudul 'Samad ke Singapura' mendapat tepukan gemuruh lebih 500 tetamu yang hadir pada Pertandingan Dikir Barat Piala Buluh Perindu, di Woodlans Galaxy CC, Singapura.

Pyu yang kali pertama membuat persembahan di pentas antarabangsa nyata tidak kekok menggerakan patung wayang kulit dibalik kelir. - UTUSAN ONLINE