Prof. Dr. Roshada Hashim
Prof. Dr. Roshada Hashim

Prof. Dr Roshada, 57, terpilih antara 50 penerima anugerah tersebut atas pencapaiannya yang menyerlah di bidang penyelidikan Post Graduates in History and Management serta pengalamannya dalam bidang akademik hampir tiga dekad. 

Penerima lain bagi anugerah ini kebanyakannya dari India, Mesir, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini yang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari University of Salford begitu komited dalam pembangunan mampan akuakultur untuk petani berskala kecil dan sederhana di negara-negara membangun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kongres, penghargaan itu diberikan atas pencapaian luar biasa yang ditonjolkan beliau meliputi kriteria Perspektif Strategik, Orientasi Masa Depan, Track Record, Integriti dan Etika, Keupayaan untuk Pendidikan Lestari dan Pendekatan Evaluasi.

Dalam sumbangan lain, beliau cenderung terlibat dalam bidang kepakaran nutrisi ikan, strategi dan pengurusan pemakanan dan biokimia analitikal bahkan kerap menerima jemputan untuk menberikan ucapan dasar di persidangan tempatan dan antarabangsa hasil daripada penyelidikan yang dijalankan.

Beliau juga telah menerbitkan lebih 50 kertas kerja dalam jurnal tinjauan semula setara berkaitan bidang nutrisi ikan kawasan dan pengurusan pemakanan malah turut membentangkan lebih 30 kertas kerja di persidangan tempatan serta antarabangsa dalam bidang yang sama.

Kredibilitinya juga terserlah apabila pernah diberi kepercayaan menerajui dua pembangunan iaitu Pelan Strategik 10 Tahun untuk Pendidikan Siswazah di USM (2010) dan Pengantarabangsaan di USIM (2013).

Penglibatan beliau sebagai Pengerusi Penganjur Persidangan Universiti Negara Islam Dunia (WICULS) bermula tahun lepas dan pada 14 November tahun lalu mendorongnya untuk lebih komited membawa perubahan kepada landskap Pendidikan Tinggi khususnya dalam dunia Islam. - UTUSAN ONLINE