Tajaan selama tiga tahun itu membolehkan murid berkenaan menerima naskhah Tutor UPSR secara percuma sehingga 32 keluaran bagi membantu melengkapkan per­siapan mereka menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini.

Sempena penajaan itu, 36 guru sekolah angkat TNB mengikuti Bengkel Program Pintar dan taklimat penggunaan Tutor UPSR oleh Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim di Bangi dekat sini hari ini.

Dalam majlis itu, Tutor UPSR edisi 10 dan Fail Eksk­lusif Tutor turut diserahkan kepada guru besar dan guru penolong kanan yang mewakili sekolah masing-masing.

Sebelum ini, TNB telah menaja Tutor UPSR untuk 13 sekolah ang­katnya di bawah Program Pintar pada tahun 2014 dan 2015.